Thursday, June 14, 2012

Tips Merakam Gambar Majlis Tunang

Bersempena dengan majlis pertunangan adik aku Ahad ni,
aku nak share tips2 yg perlu aku follow yg diberikan oleh otai .
Ini job kedua utk aku. Mungkin rezeki bakal anak aku. hehe!

Disini aku share tips2 dari otai tersebut.

Tips Merakam Gambar Majlis Tunang

Mungkin ada yang kurang pasti gambar apa yang perlu dirakam untuk sesuatu majlis tunang. Mari saya kongsikan tips untuk merakam gambar majlis pertunangan.

1. Rakam gambar potret perempuan (tunang).
2. Rakam gambar keluarga.
3. Rakam gambar cincin pertunangan.
4. Rakam gambar-gambar hantaran jika ada.
5. Rakam gambar suasana majlis meminang antara pihak lelaki dan perempuan.
6. Rakam gambar-gambar kreatif dan unik.
…cukup untuk 6 tips ye 

Untuk contoh2 gambar yg beliau share, boleh lah terus klik


Monday, June 11, 2012

Makes me want to tear down the freeway tonight...



This video is taken from http://www.returnofthecaferacers.com 

I damn love cafe racer bikes! I wish that i had one of this type of bike.

And ride it all the way around Malaysia. Hahaha!!

This bike in this video is build by Lossa Engineering. They build bikes, all kinds of bikes. Customs, restorations,  race bikes, and bobbers. 

Can i send my father's Vulcan 500cc to them? and customs it like the cafer racer?

Cara Memegang Telephoto Lense


Bagaimana cara memegang telephoto lense?



Bagi sesiapa yang mempunyai minat untuk menangkap gambar burung atau gambar hidupan liar, perkara yang paling mengecewakan ialah apabila balik daripada outing dan mendapati bahawa gambar-gambar yang ditangkap adalah kabur.

Mengapa gambar menjadi kabur? Ini kerana bagi sesiapa yang sudah biasa mengambil gambar pada jarak yang biasa akan menganggap cara menangkap gambar pada jarak biasa adalah sama dengan mengambil gambar jarak jauh. Jadi orang akan cuma memikir berapakah panjang focal length (300mm, 500mm dsbnya) yang diperlukan untuk mengambil gambar, tanpa menyedari bahawa focal length yang panjang memerlukan teknik fotografi dan aksesori yang baru.

Masalah dengan telephoto lens ialah gegaran. Gegaran akan menyebabkan kabur dan dengan telephoto lens, katalah pada 500mm dengan menggunakan kamera crop 1.5x, kabur akan terjadi dengan jelas walaupun ada sedikit gegaran berbanding dengan lens 50mm dengan menggunakan kamera crop 1.5x. Masalah dengan gegaran ini ditambah pula dengan masalah berat lens dan saiz lens yang pasti menyulitkan anda untuk memegang lens telephoto anda.

Sekiranya anda menambah teleconverter pada telephoto zoom lens anda, aperture anda akan dikurangkan lebih kurang 1 atau 2 stops. Dengan teleconverter gambar anda mungkin boleh menjadi lembut dan untuk mengelakkan masalah ini anda terpaksa mengurangkan lagi aperture dan ini akan menyebabkan masalah pencahayaan pula.

Jadi apakah teknik-teknik dan bagaimana cara memegang telephoto lense supaya mendapat gambar yang sharp? Terdapat beberapa cara untuk melakukannya. Berikut adalah beberapa daripadanya :
1. Gunakan tripod atau monopod. Tetapi tripod adalah lebih baik berbanding monopod. Bagi yang menggunakan lens seperti 500mm f/4, tripod yang kuat (bukan China brand) dan berkualiti.

2. Gunakan fungsi Mirror Up pada kamera anda. Nikon D300 adalah contoh kamera yang mempunyai fungsi ini.

3. Elakkan penggunaan filter Circular Polizer kerana filter ini akan menghalang sedikit (1/2 stops atau lebih) cahaya masuk ke dalam lens anda.

4. Jika perlu, jangan gunakan teleconverter kerana tanpa teleconverter aperture anda akan bertambah (dapat mengurangkan masa exposure), memendekkan focal length (dapat mengurangkan jumlah blur) dan dalam kebanyakan kes, menjadikan gambar lebih sharp.

5. Gunakan fungsi VR, OS, IS dan sebagainya pada lens anda

6. Gunakan tetapan ISO yang setinggi mungkin, 1000 atau 2000 jika kamera anda mampu menghasilkan gambar dengan noise yang boleh anda diterima pada tetapan ini.

7. Jikalau anda tidak menggunakan tripod, gunakan teknik-teknik berikut bersama teknik-teknik yang lain di atas :
pastikan shutter speed anda adalah lebih tinggi daripada focal length. Jika anda menggunakan focal length 500mm, maka pastikan shutter speed anda lebih daripada 500.
sandar pada pokok, batu dan sebagainya atau pada kedudukan mencangkung gunakan lutut anda menyokong siku anda. Menahan nafas anda juga membantu mengurangkan gegaran.
Gunakan siku anda untuk menyokong telephoto lens anda seperti gambar di bawah



Friday, June 8, 2012

Hasil Menggunakan SpeedLite

Balik dari kerja tadi,
aku terus capai kamera and cucuk dgn speedlite.

tiba2 dtg ilham pujangga pakej sekali dgn setting yg aku riki2 sebelum.

buat permulaan aku yg sgt amatur, aku guna speed lite brand Meike(MK930), haa dah mcm loghat negeri aku..Mike...

hehe...oleh itu, suka citanya aku share hasil gambar menggunakan speedlite tersebut.
Memang perlukan tunjuk ajar.

mike komen lah hasil teman ni ye..

untuk maklumat hasil gambar di bawah tidak di manipulasi oleh mana2 software edit gambar..hihihi..

dara lagi ni...






Pegangan Kamera Mengelakkan Gambar Kabur

Sebenarnya, aku dah pernah share tentang tips pegangan kamera ini pada entry sebelum ini.
Ntah mcm ne,entry tu gambornye tak keluar2 smpai skarang..
Oleh itu, aku amik 100% tips ini dari blog otai dlm dunia fotografi ini iaitu 
www.afundee-photography

Kalau nak baca terus ke blog brother ni pun boleh, ini link nya :


kalau malas sgt nak kemana-mana, teruskan membaca di bawah ni.

tips kali ini sangat asas. ia merujuk kepada cara pegangan kamera. ini bukanlah " guide" yang mesti anda ikut tetapi ia berkesan kepada saya untuk mendapatkan gambar yang 'sharp' walaupun menggunakan shutter speed yang perlahan. berikut merupakan 3 kaedah pegangan kamera yang biasa saya gunakan:

cara pegangan biasa yang betul

cara pegangan tegak yang betul. kebanyakan kita suka memegang tegak dengan mengangkat ketiak dan cara ini kadangkala agak biadap terutama jika pelanggan kita adalah orang kenamaan. cara lain adalah dengan menggunakan batery grip untuk komposisi menegak.

cara ini menggantikan tripod jika kita tiada tripod namun ia hanya membantu untuk shutter speed yang tidak terlalu perlahan. contohnya 1/5s. ia sangat berkesan untuk mendapatkan gambar yang sharp kerana badan kita digunakan sepenuhnya dan diseimbangkan dengan berat badan kita sendiri.

diharapkan entri ini membantu anda mendapatkan gambar yang sharp.sebarang pertanyaan dan komen amat dialu- alukan.


Okeh, amacam? semoga dpt manfaatkan ilmu yg kita dapat harini..
kalau ade ilmu tambahan boleh informed aku di bahagian komen.






Masalah

Assalamualaikum wbt..

Dah lama tak update blog..

haritu nak update gambar KOMTAR..

tp tak sempat.. kekadang,bkn lagi kekadang tp mmg selalu, lepas blik kerja aku jadi lemau..hehe

Just nak share masalah aku skang ni.. 

AKU TAK PANDAI GUNA SPEEDLITE!!

aku ade speelite cap mickey mouse je.. jd skang ni tetiba je benda alah tu jadi penting. hihii

yup, aku mmg xde masuk kelas fotografi ke kelas manipulasi fotografi ke..

semua belajor sendiri..

Next week adik aku beri kepercayaan utk shoot Majlis Tunang dia.

so aku gelabah dah ni.. BLUR..kekeke..

so cane aku nak selesaikan masalah aku ni..

Al-Baqarah :255


Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi[161] Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.