Monday, June 11, 2012

Cara Memegang Telephoto Lense


Bagaimana cara memegang telephoto lense?



Bagi sesiapa yang mempunyai minat untuk menangkap gambar burung atau gambar hidupan liar, perkara yang paling mengecewakan ialah apabila balik daripada outing dan mendapati bahawa gambar-gambar yang ditangkap adalah kabur.

Mengapa gambar menjadi kabur? Ini kerana bagi sesiapa yang sudah biasa mengambil gambar pada jarak yang biasa akan menganggap cara menangkap gambar pada jarak biasa adalah sama dengan mengambil gambar jarak jauh. Jadi orang akan cuma memikir berapakah panjang focal length (300mm, 500mm dsbnya) yang diperlukan untuk mengambil gambar, tanpa menyedari bahawa focal length yang panjang memerlukan teknik fotografi dan aksesori yang baru.

Masalah dengan telephoto lens ialah gegaran. Gegaran akan menyebabkan kabur dan dengan telephoto lens, katalah pada 500mm dengan menggunakan kamera crop 1.5x, kabur akan terjadi dengan jelas walaupun ada sedikit gegaran berbanding dengan lens 50mm dengan menggunakan kamera crop 1.5x. Masalah dengan gegaran ini ditambah pula dengan masalah berat lens dan saiz lens yang pasti menyulitkan anda untuk memegang lens telephoto anda.

Sekiranya anda menambah teleconverter pada telephoto zoom lens anda, aperture anda akan dikurangkan lebih kurang 1 atau 2 stops. Dengan teleconverter gambar anda mungkin boleh menjadi lembut dan untuk mengelakkan masalah ini anda terpaksa mengurangkan lagi aperture dan ini akan menyebabkan masalah pencahayaan pula.

Jadi apakah teknik-teknik dan bagaimana cara memegang telephoto lense supaya mendapat gambar yang sharp? Terdapat beberapa cara untuk melakukannya. Berikut adalah beberapa daripadanya :
1. Gunakan tripod atau monopod. Tetapi tripod adalah lebih baik berbanding monopod. Bagi yang menggunakan lens seperti 500mm f/4, tripod yang kuat (bukan China brand) dan berkualiti.

2. Gunakan fungsi Mirror Up pada kamera anda. Nikon D300 adalah contoh kamera yang mempunyai fungsi ini.

3. Elakkan penggunaan filter Circular Polizer kerana filter ini akan menghalang sedikit (1/2 stops atau lebih) cahaya masuk ke dalam lens anda.

4. Jika perlu, jangan gunakan teleconverter kerana tanpa teleconverter aperture anda akan bertambah (dapat mengurangkan masa exposure), memendekkan focal length (dapat mengurangkan jumlah blur) dan dalam kebanyakan kes, menjadikan gambar lebih sharp.

5. Gunakan fungsi VR, OS, IS dan sebagainya pada lens anda

6. Gunakan tetapan ISO yang setinggi mungkin, 1000 atau 2000 jika kamera anda mampu menghasilkan gambar dengan noise yang boleh anda diterima pada tetapan ini.

7. Jikalau anda tidak menggunakan tripod, gunakan teknik-teknik berikut bersama teknik-teknik yang lain di atas :
pastikan shutter speed anda adalah lebih tinggi daripada focal length. Jika anda menggunakan focal length 500mm, maka pastikan shutter speed anda lebih daripada 500.
sandar pada pokok, batu dan sebagainya atau pada kedudukan mencangkung gunakan lutut anda menyokong siku anda. Menahan nafas anda juga membantu mengurangkan gegaran.
Gunakan siku anda untuk menyokong telephoto lens anda seperti gambar di bawah



No comments:

Post a Comment