Tuesday, July 31, 2012

Saintis Islam Pencipta Asal Kamera


Suratkhabar terkemuka di Barat, The Independent pada edisi 11 Mac 2006 telah menerbitkan sebuah artikel yang sangat menarik bertajuk ”Bagaimana Pencipta Muslim Mengubah Dunia". Salah satunya adalah pencipta kamera obscura.

Kamera merupakan salah satu penemuan penting yang dicapai oleh umat manusia. Dengan flash dan tembakan kamera, manusia dapat merakam dan mengabadikan pelbagai bentuk gambar bermula dari sel manusia hingga galaksi di luar angkasa.

Teknologi pembuatan kamera, kini dikuasai oleh Barat serta Jepun. Sehingga, banyak umat Muslim yang meyakini kamera berasal dari peradaban Barat.

Jauh sebelum masyarakat Barat menemuinya, prinsip-prinsip asas pembuatan kamera telah dicetuskan seorang sarjana Muslim lebih kurang 1,000 tahun silam. Penemu prinsip kerja asas kamera itu adalah seorang saintis legenda Islam yang bernama Ibnu al-Haitham.



Pada akhir abad ke-10 Masihi, Al-Haitham berjaya mencipta sebuah kamera obscura. Itulah salah satu karya al-Haitham yang paling berkesan. Penemuan yang sangat inspiratif itu berjaya dilakukan al-Haithan bersama Kamaluddin al-Farisi. Mereka berdua berjaya meneliti dan merakam fenomena kamera obscura.

Penemuan itu bermula ketika mereka mempelajari gerhana matahari. Untuk mempelajari fenomena gerhana, Al-Haitham membuat lubang kecil pada dinding yang membenarkan cahaya matahari diunjurkan melalui permukaan datar.


Kajian ilmu optik serupa kamera obscura itulah yang menjadi asas cara kerja kamera yang pada masa ini digunakan umat manusia.





Dari kamus Webster, fenomena ini diertikan sebagai “ruang gelap”. Biasanya bentuknya seperti kertas kardus dengan lubang kecil untuk masuknya cahaya. Teori yang dipecahkan Al-Haitham itu telah memberi ilham penemuan filem yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada penonton.

“Kamera obscura pertama kali dibuat saintis Islam, Abu Ali Al-Hasan Ibnu al-Haitham, yang lahir di Basra (965-1039 M),” ungkap Nicholas J Wade dan Stanley Finger dalam karyanya berjudul The eye as an optical instrument: from camera obscura to Helmholtz’s perspective.

Dunia mengenal al-Haitham sebagai perintis di bidang optik yang terkenal melalui bukunya bertajuk Kitab al-Manazir (Buku optik). Untuk membuktikan teori-teori dalam bukunya itu, legenda pakar fizik Islam itu kemudian menyusun Al-Bayt Al-Muzlim atau lebih dikenali dengan sebutan kamera obscura, atau kamar gelap.

Bradley Steffens dalam karyanya berjudul Ibn al-Haytham:First Scientist mengungkapkan bahawa Kitab al-Manazir merupakan buku pertama yang menjelaskan prinsip kerja kamera obscura. 

“Dia merupakan saintis pertama yang berjaya memprojeksikan seluruh gambar dari luar rumah ke dalam gambar dengan kamera obscura,” kata Bradley.



Istilah kamera obscura yang ditemui oleh al-Haitham pun diperkenalkan di Barat sekitar abad ke-16 Masihi. Lima abad setelah penemuan kamera obscura, Cardano Geronimo (1501 -1576), yang terpengaruh dengan pemikiran al-Haitham mulai mengganti lubang bidik lensa dengan lensa (camera).

Setelah itu, penggunaan lensa pada kamera onscura juga dilakukan Giovanni Batista della Porta (1535-1615 M). Ada pula yang menyebutkan bahwa istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham pertama kali diperkenalkan di Barat oleh Joseph Kepler (1571 – 1630 M). 

Kepler meningkatkan fungsi kamera itu dengan menggunakan lensa negatif di belakang lensa positif, sehingga dapat memperbesar projection gambar (prinsip digunakan dalam dunia lensa foto jarak jauh moden).

Setelah itu, Robert Boyle (1627-1691 M), mulai menyusun kamera yang berbentuk kecil, tanpa kabel, jenisnya kotak kamera obscura pada 1665 M. Setelah 900 tahun dari penemuan al-Haitham piring-piring foto pertama kali digunakan secara statik untuk menangkap gambar yang dihasilkan oleh kamera obscura. Gambar statik pertama diambil oleh Joseph Nicephore Niepce di Prancis pada 1827.

Tahun 1855, Roger Fenton menggunakan plat kaca negatif untuk mengambil gambar dari tentera Inggeris semasa Perang . Dia mengembangkan plat-plat dalam perjalanan bilik gelapnya. Tahun 1888, George Eastman mengembangkan prinsip kerja kamera obscura ciptaan al-Hitham dengan baik sekali. Eastman menciptakan kamera kodak. Sejak itulah, kamera terus berubah mengikuti perkembangan teknologi.

Sebuah versi kamera obscura digunakan dalam Perang Dunia I untuk melihat kapal terbang dan pengukuran perfomance. Pada Perang Dunia II kamera obscura juga digunakan untuk memeriksa ketepatan navigasi radio. Begitulah penciptaan kamera obscura yang diilhamkan al-Haitham mampu mengubah peradaban dunia.

Peradaban dunia moden tentu sangat berutang budi kepada ahli fizik Muslim yang lahir di Kota Basrah, Iraq. Al-Haitham semasa hidupnya telah menulis lebih dari 200 karya ilmiah. Semuanya didedikasikannya untuk kemajuan peradaban manusia.

Sayangnya umat Islam kini lebih terpesona kepada pencapaian teknologi Barat, sehingga kurang menghargai dan mengulangi pencapaian saintis Islam di era kejayaan Islam.



Friday, July 27, 2012

Sunday, July 22, 2012

Aku Mabuk!


Malam Seribu Bulan


Langit Dua Ramadhan

Selepas berbuka tadi, saje usha2 pemandangan waktu lepas maghrib tgk2 bulan sabit yg sgt cantik sedang mengambang.. apa lagi terus shoot lah.. walaupun xde ilmu shoot bulan..hehe

ni antara hasil yg dpt..hehe!




Macro


Gambar serangga yang luar biasa ini diambil oleh seorang ahli fotografi Igor Siwanowics dengan menggunakan fotografi makro yang membolehkan gambar diambil dengan jarak yang amat dekat dan jelas.
Teknik fotografi makro juga berbeza dengan jenis fotografi yang lain kerana ia memerlukan kelengkapan khusus untuk menangkap dan menghasilkan gambar yang sangat menakjubkan seperti:








































Best 20 Creative Light Graffiti Artwork Collection

Assalamualaikum,

2 Ramadhan. Semoga tempohi dengan sebenar-benar sabar dan berpuasa sebenar-benar puasa.

You Know what I mean.

Entry harini ialah tentang seni Creative Light Graffiti. Aku yakin semua pernah dengar skill ni.

Di Malaysia ni, antara group terkenal dlm bidang ni ialah Hikarimoji dan Light Painter.

Kalo korang tgk blog mereka ni, dlm hati akan ckp AWESOME! sgt kreatif! utk enjoy gambar2 mereka 

korang klik saja lah nama mereka tu. hehe.. di bawah ni aku nk share antara2 gambar kreatif yg 

AWESOME. Korang boleh buat mcm ni? aku malas nk taip panjang2 so utk maklumat lanjut tips mcm 

mana nak buat light trail sila lah ke blog Ezhan-Artwork

Creative Lights Collection

Creative Lights Collection

Creative Lights Collection

Creative Lights Collection

Creative Lights Collection

Creative Lights Collection

Creative Lights Collection

Creative Lights Collection

Creative Lights Collection

Creative Lights Collection

Creative Lights Collection

Creative Lights Collection

Creative Lights Collection

Creative Lights Collection

Creative Lights Collection

Creative Lights Collection

Creative Lights Collection

Creative Lights Collection

Creative Lights Collection

Creative Lights Collection

Yes!! Cantik bukan?

aku dpt gambar2 ni dari kenalan yg email kepada aku. So aku share kat sini..

skang ni aku nk share seni aku yg langsung xde seni!kekeke!

xcukup tools beb! sebelum ni aku ade masukkan entry ligth trail hasil tepi jalan aku..