Pujuk hati…
Bagaimana boleh tenang setelah kita sedar kita buat keputusan yang salah
Silap dalam membuat keputusan itu adalah perkara biasa, kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi esok…
Yang menjadi pelik adalah bila kita takut untuk buat keputusan dan tersangkut di tempat yang sama buat sekian lama.. Lantaran takut buat keputusan yang salah, maka ramai yang memilih untuk abaikan dan duduk dalam zon yang “orang” nampak selesa walau diri sendiri tidak bahagia
Orang yang move on dalam hidup dan berjaya bukan kerana mereka tak buat silap dengan keputusan yang di ambil, namun bila dah buat silap mereka adjust & teruskan lagi… kenyataannya, mereka yang berjaya banyak kali buat kesilapan…
Yang membuat orang yang berjaya itu berjaya adalah kerana respon yang mereka buat selepas sedar yang mereka buat silap
Hidup ini tentang terus berjalan ke depan, kita toleh untuk lihat seketika apa yang ada di belakang dan terus berjalan kedepan. (apa sahaja yang Allah atur dalam hidup bukan kebetulan, pasti ada banyak yang mampu di pelajari apabila kita “activate” mata hati)
Move on, semoga Allah beri banyak kebaikan dan pelajaran untuk bawa kita lebih jauh lebih bahagia.. lebih baik... lebih sihat... lebih kaya... lebih tenang....
Dengan dugaan yang kita sudah lalu dalam hidup selama ini, Allah dah bawa kita sejauh ini, adakah kita tak yakin bahawa Allah boleh kita lebih jauh lagi... Bangun..!!! move on...
Berhenti untuk berdiri di titik sama, melangkahlah walau setapak cuma, kerana langkah itu pasti bawa anda ke destinasi baru yang lebih baik
Bagaimana saya yakin bahawa destinasi baru lebih indah? Sebab Allah janji DIA beri yang terbaik dalam hidup kita sebab dia cipta dan sayangkan kita lebih daripada mak dan abah kita sayangkan kita…
https://www.facebook.com/274312469395130/posts/1322495101243523/
No comments:
Post a Comment