Sunday, November 3, 2019

Set List Untuk Konsert Butterfingers

MAMY KONSERT

Setlist untuk Konsert Butterfingers Transendence 20 Years Anniversary malam tadi.

Rupanya ada lagi empat lagu tak dapat dimainkan untuk sesi 'encore' kerana Kadak mengalami sesak nafas dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Tapi tak mengapa, kami cukup puas hati dengan persembahan Butterfingers kali ini. Mereka sudah memberikan yang terbaik dan kami sangat berharap kumpulan lagenda ini dapat kekal dan merakamkan album baru untuk semua peminat-peminatnya.

02/11/2019: Butterfingers menang besar! 

Pemenang kedua malam tadi adalah crowd di bahagian Chemistry! Memang gila! Kasut, topi, cermin mata dan macam-macam lagi habis berterbangan di udara. Mana tidaknya, lagu pertama Butterfingers dah bagi 'Chemistry!' 

Walaupun penganjur tak bagi bawa masuk air, tapi tenaga yang kalian tunjukkan dari lagu pertama sampai ke lagu terakhir memang menakjubkan! Ini bukti bahawa scene muzik kita memang sentiasa hidup dan mampu mengumpulkan sehingga 10 ribu pengunjung jika muzik yang dihasilkan benar-benar berkualiti! 

Selain Butterfingers, kita ada banyak lagi band yang mampu menarik crowd seramai ini jika perancangannya dibuat dengan teliti sedari awal. Admin bagi satu contoh: 

Cromok

Kalian boleh bagi cadangan band-band lain yang dirasakan mampu menarik crowd seramai ini di bahagian komen.

Akhir kata, kejayaan konsert ini pasti akan membuka mata banyak pihak termasuk media, stesen radio/ TV tempatan dan luar negara, peminat-peminat muzik generasi baru, penganjur-penganjur konsert dalam dan luar negara, kerajaan dan mungkin juga mampu memberi kesedaran kepada band-band luar negara untuk hadir ke negara tercinta kita dengan lebih kerap.

Long live Butterfingers dan scene muzik Malaysia!

Kepada Kadak, semoga cepat sembuh!

Kredit gambar: Syamsul Adzam

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=149527146447687&id=117512682982467

#Thunderstrike

No comments:

Post a Comment