Sunday, November 3, 2019

Semoga Kadak Cepat Sembuh


SEMOGA KADAK CEPAT SEMBUH 

kami di Royalbutterfingers mewakili pihak Butterfingers ingin memohon maaf atas apa yang berlaku di set kedua , apabila Kadak tidak dapat meneruskan persembahan untuk setlist 1.2milligrams 

ketika di backstage semasa nyanyian bersama unifi kadak ada memberitahu aku " ugly aku kena naik sekejap la , nak ambik angin, kau inform budak stage.. zack ke " , tidak lama selepas itu Kadak mula merasa pening dan tidak selesa sehinggalah pihak paramedik datang dan memberi bantuan pernafasan oksigen

setelah beberapa minit , keadaan semakin kurang baik dan tekanan darah tinggi Kadak mulai naik... Loque datang ke lokasi dan melihat keadaan Kadak , dan dia kembali ke stage meneruskan persembahan bersama Emmett..

kali kedua Loque kembali ke lokasi Kadak berada dan memujuk untuk Kadak meneruskan persembahan ... 

" kadak , tiga lagu je lagi... tiga je boleh? kalau kau tak bole berdiri , kau duduk pakai kerusi .. takpe kita semua duduk... aku duduk , kau duduk dan Emmett duduk... bole? tiga lagu je lagi kadak.... " - Loque

kemudian Emmett dan Loko pula sampai...dan selepas Emmett melihat keadaan Kadak yang masih menerima bantuan penafasan... memang macam tak sesuai untuk kadak teruskan...
" kadak take it easy , the rest can take it from here man " - Emmett

kemudian kadak yang masih menerima penafasan oksigen memberi tahu " sorry guys aku tak bole... " sambil memegang dadanya dan mula berehat..... akhirnya pihak paramedik memutuskan untuk membawa kadak ke Hospital Shah alam untuk rawatan susulan...kerana bacaan tekanan darah tingginya tidak sesuai untuk Kadak meneruskan persembahan

ini adalah sesuatu yang berada di luar kawalan Butterfingers ... pihak Butterfingers juga memohon maaf atas apa yang berlaku dan harap penonton dan peminat dapat memaafkan mereka , mereka telah cuba yang terbaik untuk persembahan ini , dari segi pemilihan lagu , stage , lokasi ,lighthing dan sound... harap semua dapat memaafkan Butterfingers dan semoga semuanye terhibur.... thanks atas sokongan anda semua , kita doakan keselamatan Kadak , dan kami belum menerika berita terkini keadaan Kadak semoga ianya selamat dan tidak ada apa yang serius...

amin... thanks , maaf sekali lagi......

Credit from FB group Royalbutters.

https://m.facebook.com/groups/361477900869293?view=permalink&id=983326735351070



https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157523692383076&id=795343075

No comments:

Post a Comment