Sunday, March 17, 2013
Friday, March 15, 2013
APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH?
Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita,
sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? ayah selalu tanya," telefon
lah anak kita tu tanya dia macam mana kerja.."
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah
pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan
seharian..
Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "kan ayah dah kata jangan main hujan??
kan ayah dah bagitau jangan minum air sejukk?? ". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat
risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak
boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah
sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar
kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat
risau.. ayah marah kita.. tahukah kita yang ayah taknak apa2 terjadi dekat kita bila keluar lewat
malam?
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan macam-macam , untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan
dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang
berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga.. walaupun
kadang2 ayah macam buat tak tau tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat
ibu kekaguman dia terhadap kita?
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah
sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya.. Saat ayah melihat kita duduk di atas
pelamin bersama pasangan kita..ayah pun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah
selesai dgn baik..Bahagiakan lah putera puteri kecilku yg manis bersama pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg
untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga
kita..
Itulah pengorbanan seorang ayah.. apakah kita masih belum sedar? masih memandang
kemarahan ayah itu alasan untuk kita bencikan dia? percayalah.. dia orang yang paling rindukan
kamu walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah, tak dinafikan kerinduan ayah terhadap kita
mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita.. kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat..
tahukah kita yang kita telah berlaku tidak adil terhadap ayah?? apakah ayah tak layak mendapat
ciuman sama yang kita berikan dekat ibu? kamu lupa masa kamu kecil, ayah mendukung kamu
dan menciumm kamu??
.........sekarang aku jugak dah menjadi seorang ayah......
Tuesday, March 5, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)