Showing posts with label Butterfingers. Show all posts
Showing posts with label Butterfingers. Show all posts

Sunday, November 3, 2019

Butter late than Never


Wahhh! Speaking London tajuknya! Hahaha. Mcm biasalah. Tak habis raya Butterfingers lagi kot. Hahaha. Dlm beberapa minggu ni layan lagu Butterfingers je, so bila sampai turn vio-pipe ni anak2 kata sedap lah papa lagu ni. Hahaha.

Tgkkk, anak2 pun pandai kata sedap. Inikan papa depa hahaha.

Kalau ada lagi video konsert Butter nnt abam upload naa. Haha!

Credit: https://www.facebook.com/100001120882400/posts/2465516723495666/

Set List Untuk Konsert Butterfingers

MAMY KONSERT

Setlist untuk Konsert Butterfingers Transendence 20 Years Anniversary malam tadi.

Rupanya ada lagi empat lagu tak dapat dimainkan untuk sesi 'encore' kerana Kadak mengalami sesak nafas dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Tapi tak mengapa, kami cukup puas hati dengan persembahan Butterfingers kali ini. Mereka sudah memberikan yang terbaik dan kami sangat berharap kumpulan lagenda ini dapat kekal dan merakamkan album baru untuk semua peminat-peminatnya.

02/11/2019: Butterfingers menang besar! 

Pemenang kedua malam tadi adalah crowd di bahagian Chemistry! Memang gila! Kasut, topi, cermin mata dan macam-macam lagi habis berterbangan di udara. Mana tidaknya, lagu pertama Butterfingers dah bagi 'Chemistry!' 

Walaupun penganjur tak bagi bawa masuk air, tapi tenaga yang kalian tunjukkan dari lagu pertama sampai ke lagu terakhir memang menakjubkan! Ini bukti bahawa scene muzik kita memang sentiasa hidup dan mampu mengumpulkan sehingga 10 ribu pengunjung jika muzik yang dihasilkan benar-benar berkualiti! 

Selain Butterfingers, kita ada banyak lagi band yang mampu menarik crowd seramai ini jika perancangannya dibuat dengan teliti sedari awal. Admin bagi satu contoh: 

Cromok

Kalian boleh bagi cadangan band-band lain yang dirasakan mampu menarik crowd seramai ini di bahagian komen.

Akhir kata, kejayaan konsert ini pasti akan membuka mata banyak pihak termasuk media, stesen radio/ TV tempatan dan luar negara, peminat-peminat muzik generasi baru, penganjur-penganjur konsert dalam dan luar negara, kerajaan dan mungkin juga mampu memberi kesedaran kepada band-band luar negara untuk hadir ke negara tercinta kita dengan lebih kerap.

Long live Butterfingers dan scene muzik Malaysia!

Kepada Kadak, semoga cepat sembuh!

Kredit gambar: Syamsul Adzam

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=149527146447687&id=117512682982467

#Thunderstrike

Tanah Pusaka-Butterfingers



TANAH PUSAKA by Butterfingers and fans

Sungguh gemilang negeriku
Yang kupuja oh tanah Malaysia
Dimerata dunia
Harum semerbak namamu oh Malaysia

Aman makmur kaya-raya
Selama-lama hidup maju jaya
Oh tanah pusaka
Negaraku yang berdaulat dan merdeka

Tanah pusaka bertuah
Berbagai bangsa didalamnya
Hidup aman dan bersama
Bertekun kerja untuk Malaysia

Musuh melanggarku gempur
Sungguh rela kugugur kerana
Kau tanah pusaka
Biar putih tulang jangan putih mata

Credit:

https://www.facebook.com/groups/361477900869293/permalink/983381925345551/

Tanah Pusaka - Butterfingers


Assalamualaikum!! Selamat pagi!

Meremang bulu roma dgrnya!!!

Saturday, November 2, 2019

Long Live The Bat


Dont let the child in you die!! 

Punya seronok dpt beli BatMobile dari Caltex ni. Kalau korang nak kolek, korang kena isi minyak minimum RM40 dan boleh beli Batmobile tersebut dgn harga RM16.90.

Tp dgr2 di socmed, ada station Caltex boleh terus purchased without fill in tank minyak korang. Di mana tu, not very sure. Utk pengetahuan korang dlm vault dyekaize junkiez mmg byk variant batmobile yg di collect. So ni tambahan lah utk koleksi yg ada.

Sebenarnya 2 November 2019 ni dah plan nak pi Konsert Butterfingers. Tapi seyeengggg! Anak tak sihat dan bondanya takde cuti. Almaklumlah, kita ni suri rumah tangga.. terpaksa lah berkorban. 

Sokay, can wait for another 20 years. Kalau ada la depa nk buat konsert lagi. Dan kalau aku hidop lagi. Hahahahaha

Apa2 pun this gonna be a fifty-fifty treatment!!!